Isnin, 27 Jun 2011

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

1. Firman ALLAH s.w.t. dalam surah AL-Baqarah ayat 185 barmaksud, bulan Ramadhan
yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi segala manusia dan
menjadi keterangan.Keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara
yang benar dengan yang salah.


2. Dari Abu Hurairah r.a., sabda Nabi s.a.w. bermaksud "celaka diata seseorang
apabila namaku (Nabi) disebutkan di sisinya sedangkan dia tidak mahu
membaca solawat untukku, celaka diatas seseorang yang mempunyai ibu bapa atau
salah seorang dari keduanya sedangkan dia tidak pernah menunaikan hak mereka
suatu amal yang menjamin dirinya masuk syurga. Dan celaka diatas seseorang yang
mendapati sepenuh bulan Ramadhan sedangkan dia belum diampuni, kerana
sesungguhnya bulan Ramadhan itu bulan penuh rahmat dan bulan ampunan
dari ALLAH s.w.t.


3. Dari Ibnu Abbas r.a. sabda Nabi s.a.w. bermaksud "seandainya umatku mengetahui
akan keistimewaan bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan agar seluruh bulan
dan tahun itu terkandung menjadi bulan Ramadhan, kerana diterima kataatan,
segala doa dikabulkan serta segala dosa terampun sehingga pintu syurga terbuka
merindukan mereka.


4. Sabda Nabi s.a.w.
"Syurga merindukan empat golongan manusia yang terdiri dari mereka yang gemar
membaca Al-Quran, menjaga pitah lidahnya, memberi makan yang lapar dan berpuasa
dibulan Ramadhan.


5. Sabda Nabi lagi. "Apabila kelihatan tanggal pertama bulan Ramadhan, maka
berteraiklah tanda gembira arasy, kursi, para malaikat dan lainnya; beruntung
untuk umat Muhammad s.a.w. sebab mereka memperolehi kehormatan di sisi ALLAH
Taala. Mereka dipohon ampunan oleh matahari, bulan, bintang-bintang, burung-
burung diudara, ikan dilautan dan segala yang bernyawa dipermukaan bumi, baik
dimalam hari atau siang hari, kecuali setan-setan terkutuk. Dan diwaktu yang
sama, tidak seorang pun dari umat Muhammad yang terlepas dari ampunan
ALLAH."Malah ALLAH s.w.t. berfirman kepada para malaikat; "Limpahkanlah pahala
solawat dan tasbihmu untuk umat Muhammad sepanjang bulan Ramadhan.


6. Dari Umar Al-Khattab r.a. sabda Nabi s.a.w. bermaksud, "apabila seseorang darimu
terbangun dari tidur dibulan Ramadhan atau bergerak atau berguling-guling
ditempat tidurnya, maka malaikat akan berkata, segeralah bangun semoga
memberkati engkau bersama kasih sayang."

Apabila dia bangun niat mendirikan solat malam maka tempat tidurnya akan berdoa,
"Ya ALLAH berikanlah kepadanya peraduan yang tinggi."


7. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud, "menjelang awal bulan Ramadhan, dibelenggu semua
setan dan jin yang derhaka, ditutuplah pintu-pintu neraka sebaliknya dibuka
segala pintu syurga dan pada tiap-tiap malam itu juga ALLAH berfieman tiga kali
yakni, sesiapa yang meminta, bertaubat, memohon ampun dilaksanakannya. Pada
tiap-tiap hari itu ALLAH membebaskan sejuta budak dari neraka yang seharusnya
menerima padah. Apabila di hari jumaat maka setiap saat dibebaskan pula sejuta
budak dari neraka. Dan apabila dipenghujung bulan berkat itu pula dibebaskan
sejumlah besar bilangan budak.